PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH PROGRAM MEMASYARAKATKAN GURU DAN MURID SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Pada 19 Mei 2012, Hari Sabtu, telah berlangsung satu pertandingan melibatkan murid-murid prasekolah iaitu Pertandingan mewarna Prasekolah Program Memasyarakatkan Guru dan Murid Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012.  Pertandingan ini disertai oleh murid-murid prasekolah dan berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Menerong bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari.  Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah menghantar seramai 13 orang murid prasekolah untuk menyertai pertandingan tersebut dengan diiringi oleh Puan Zubaidah Ibrahim dan Encik Nurizan Rahman bin Abdul Ghani. 
Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu ( PPDHT ) tersebut, peserta dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah berjaya menerima hadiah saguhati dan lebih membanggakan apabila seorang daripada peserta Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah berjaya menjadi johan.  Penyampaian semula hadiah kepada pemenang telah diadakan dalam perhimpunan pagi pada 20 Mei 2012.  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

NURIN UMAIRAH SAFFIYAH MOHD ABDILLAH - Saguhati

NUR ALYAA QISTINA ABDUL AZIZ - Johan

No comments: