PERTANDINGAN PINJAMAN TERBANYAK ANTARA KELAS 2012 ANJURAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG


Pertandingan ini adalah pertandingan yang diadakan secara bulanan melibatkan semua kelas di aliran perdana iaitu dari tahun 1 sehingga tahun 6.  Pemenang adalah dipilih berdasarkan jumlah pinjaman terbanyak secara keseluruhan melibatkan semua murid dalam kelas terbabit.  Bagi bulan April 2012, pemenang Pertandingan Pinjaman Terbanyak Antara Kelas adalah kelas 5 Al-Falah.  Bagi pihak semua murid kelas tersebut, ketua kelas telah menerima hadiah daripada Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad bin Zakaria, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dalam perhimpunan rasmi mingguan pada 13 Mei 2012.

FAHMIE SHAHIDAN SAUDI, KETUA KELAS 5 AL FALAH MENERIMA HADIAH
DARIPADA ENCIK AHMAD FUAD BIN ZAKARIA, GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG



No comments: