Kursus Perkembangan Staf & Mesyuarat Pengurusan SKKB Bil.1 Tahun 2015


SK Kuala Berang telah mengadakan mesyuarat pengurusan kali pertama bagi tahun 2015 pada 22-24 Disember 2014 bertempat di Shahzan Inn Kuantan. Mesyuarat tersebut meliputi bidang pengurusan am, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum serta pengurusan PPKI. Satu bengkel berkaitan pembinaan perancangan strategik, taktikal dan operasi telah diadakan bertujuan memantapkan lagi pengurusan semua panitia. Satu perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Tn Hj Mohamed bin Embong, Ketua Sektor, Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN Terengganu bertajuk "'Transformasi Pendidikan" untuk mengukuhkan lagi pemahaman guru-guru dalam ilmu pendidikan.

Kejohanan Bola Baling Bawah 11 & 16 Jemputan Kebangsaan 2014

Pasukan Bola Baling SK Kuala Berang telah menyertai Kejohanan Bola Baling Bawah 11 tahun jemputan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis pada 20 - 23 November yang lalu. Penyertaan tersebut bertujuan memberi pendedahan serta pengalaman kepada pemain pasukan bola baling sekolah bersaing bersama-sama dengan pasukan negeri yang menyertai. Tahniah kepada pasukan bola baling sekolah walapun tidak mengecapi kejayaan tetapi pengalaman berharga sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada mereka untuk membuat perubahan pada masa akan datang..........


Majlis Tautan Kasih & Jamuan Akhir Tahun SKKB 2014


12 November 2014, Kelab Guru & Kakitangan SK Kuala Berang mengadakan Majlis Tautan Kasih & Jamuan Akhir Tahun bertempat di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturrahim disamping meraikan guru-guru SKKB yang telah berpindah ke sekolah lain. Turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah YDP PIBG, Encik Jamaludin bin Mohamad bersama isteri. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.


English Carnival Hulu Terengganu District Level 2014

10 November 2014, SK Kuala Berang menjadi tuan rumah karnival bahasa inggeris peringkat daerah Hulu Terengganu.  Sebelas buah sekolah terlibat dalam pertandingan tersebut melibatkan 3 acara iaitu spelling, news casting dan word change. Tahniah SK Kuala Berang di atas kejayaan memperolehi naib johan dalam kesemua acara. 

Kejohanan Bola Baling Jemputan MSST


Kejohanan Baling Baling Jemputan MSST
Tarikh         : 6 & 7 November 2014
Tempat       : SK Rengas Bekah
Keputusan  : Kategori Lelaki (SK Kuala Berang, Johan)
                    Kategori Perempuan (SK Kuala Berang, Ketiga)

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)


Majlis Pelancaran KM1M Peringkat SK Kuala Berang

Tarikh : 4 November 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan

Pemantauan daripada BPSBPSKK ke SKKB


28 Oktober 2014, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kluster Kecemerlangan (BPSBPSKK) telah menjalankan pemantauan ke SK Kuala Berang. Pemantauan meliputi pelbagai bidang berkaitan sekolah kluster kecemerlangan. Sekalung tahniah kepada SK Kuala Berang di atas kecemerlangan dapatan sepanjang pemantaun tersebut.

Kejohanan Bola Baling Jemputan Daerah

Dalam memantapkan kemahiran permainan bola baling, SK Kuala Berang telah menyertai kejohanan bola baling jemputan anjuran SK Tok Randok yang berlangsung pada 18 Oktober 2014. Lima buah sekolah di daerah Hulu Terengganu turut menyertai kejohahan tersebut iaitu SK Tok Randok, SK Kuala Berang, SK Bukit Diman, SK Ajil dan SK Getang. Tahniah..... SK Kuala Berang mendapat naib johan kategori lelaki dan perempuan dalam kejohanan tersebut. 

Perkhemahan Unit Beruniform SKKB 2014


SK Kuala Berang telah mengadakan perkhemahan unit beruniform pada 9 - 11 Oktober 2014 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai. Perkhemahan tersebut disertai oleh lima unit beruniform iaitu Pengakap, Puteri Islam, PBSM, KRS serta Puteri Tunas. Objektif perkhemahan tersebut adalah bertujuan memberi pendedahan, kemahiran serta berupaya meningkatkan potensi diri murid secara kendiri dalam pelbagai bidang. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu Encik Jamaluddin bin Mohamad. Terima kasih kepada semua yang terlibat .................



SKKB Johan Kalam Jama'ie Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Kalam Jama'ie yang menjadi johan dalam pertandingan festival j-QAF. Terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh warga SKKB dalam usaha melatih dan membimbing pasukan ini sehingga mengecapi kejayaan. Pasukan ini akan mewakili daerah Hulu Terengganu ke peringkat negeri yang akan berlangsung di daerah Setiu. 

Pelancaran Sambutan Ambang Kemerdekaan SKKB 2014


24 Ogos 2014, SK Kuala Berang telah mengadakan majlis pelancaran ambang kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pn Hasnah bt Hasan, Guru Besar SK Kuala Berang. MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA.....

LAWATAN PPD KERAMAT KE SK KUALA BERANG


17 Ogos 2014, Pejabat Pendidikan Daerah Keramat telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Kuala Berang. Antara tujuan lawatan berkenaan ialah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan program LINUS dijalankan di SK Kuala Berang. Rombongan tersebut juga telah diberi taklimat berkaitan dengan English Eheme Park (ETP). Lawatan tersebut juga bertujuan merapatan silaturrahim antara dua organisasi. 



SAMBUTAN HARI RAYA SK KUALA BERANG 2014


14 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Majlis melibatkan semua warga SKKB termasuk murid PPKI dan murid Pra Sekolah. Majlis tersebut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada murid dan guru. Terima kasih kepada semua jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Sambutan Hari Raya PPKI SK Kuala Berang 2014



Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kuala Berang telah mengadakan sambutan hari raya pada 13 Ogos 2014. Sambutan tersebut diadakan setiap tahun bagi meraikan anak-anak istimewa. Terima kasih kepada tetamu yang hadir termasuk daripada PPD Hulu Terengganu.

LAWATAN TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH (HULU TERENGGANU) BERSAMA PIHAK UTUSAN MALAYSIA UNTUK PENGGUNAAN TUTOR



HULU TERENGGANU 8 Julai - Sekolah Kluster Kecemerlangan negeri, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Berang di sini menyasarkan peningkatan berterusan peratus kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menerusi komitmen padu yang diperlihatkan warga sekolah.
Sasaran itu turut disokong oleh pelbagai alat bantu mengajar yang menambahkan lebih keyakinan termasuk penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor pada tahun ini dengan sokongan Pegawai Pendidikan daerah, Shafruddin Ali Hussin.
Guru Besarnya, Hasnah Hasan berkata, kesan penggunaan Tutor menampakkan perubahan positif terhadap pencapaian murid sekali gus diperakui sesuai dijadikan bahan rujukan dalam menghadapi peperiksaan yang dipersembahkan dalam bentuk akhbar yang menarik dan menceriakan.
"Pihak sekolah dan guru amat yakin untuk menggunakan Tutor memandangkan dihasilkan oleh guru pakar dan berpengalaman dan berdasarkan maklum balas daripada pelajar, soalan latih tubi Tutor yang ringkas, padat serta tidak terlalu sukar untuk difahami.
"Pengisiannya mematuhi sukatan atau kehendak peperiksaan dan soalan yang disediakan terbukti membantu murid terutama dalam mata pelajaran Matematik," katanya selepas majlis penyerahan rasmi langganan Tutor UPSR di sekolah itu di sini hari ini.
Yang turut hadir Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad Zon Terengganu, Mohamad Syahrul Nizam Md. Ishak.
SK Kuala Berang merupakan satu daripada 49 sekolah di Parlimen Hulu Terengganu yang terpilih menerima tajaan akhbar pendidikan Tutor daripada YTL Power Service Sdn. Bhd. bernilai RM6,850 bagi 13,700 naskhah yang mula diedarkan setiap minggu sejak lebih sebulan lalu sehingga sesi persekolahan berakhir.
Selain sekolah di Parlimen Hulu Terengganu, akhbar tersebut turut diagihkan di 48 sekolah di Dungun.
Sementara itu, Shafruddin berkata, sebagai sekolah terbaik di Hulu Terengganu dan di tangga ke-2 peringkat negeri, SK Kuala Berang diharap dapat mengekalkan keunggulan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dengan penggunaan bahan alternatif seperti Tutor.
Katanya, menerusi Tutor murid dapat menguasai elemen-elemen termasuk yang ketinggalan dalam pelajaran masing-masing sekali gus mewujudkan budaya belajar dalam kalangan mereka.
"Selain menggalakkan ulangkaji kendiri, murid berpeluang melakukan simulasi menjawab soalan menerusi Tutor yang akan membiasakan mereka ketika menghadapi peperiksaan sebenar.
"Kita berharap sekolah ini dapat mencapai 1.30 GPS sekali gus menyaksikan peningkatan 20 peratus A dalam semua subjek, manakala sekolah-sekolah lain di daerah ini terus bersaing ke arah kecemerlangan,'' katanya