Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan 2016


Tarikh : 21 November 2016
Tempat : Dewan Majlis, Hulu Terengganu
Perasmi : YB Dato Hj Jailani bin Johari, DSMZ, DIMP
( Timb. Menteri Komunikasi & Multimedia, Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu)

Kem Bina Insan 2016

Tarikh : 28 - 30 Julai 2016
Tempat : SK Kuala Berang
Peserta : Murid Tahun 6

Sambutan Hari Raya 2016


Program Solat Hajat UPSR

Solat Hajat UPSR Kali Ke 3
Tarikh : 14 Julai 2016
Tempat : Surau Sekolah Kebangsaan Kuala Berang

SKKB Juara......

Kejohanan Bolasepak MSSDHT telah diadakan di SK Bukit Perah pada 18-20 April 2016. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan tersebutmewakili zon KDSR 1-4. Tahniah kepada pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. SK Kuala Berang telah menjuarai kejohanan tersebut mengalahkan SK Getang.

Kem UPSR 2016

Tarikh : 7 -9 April 2016
Tempat : Anggulia Resort, Marang Terengganu
Perasmi Penutup : Dr Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail
(Senior Lecturer, School Of Social And Economic Development, UMT) 

Ladap Pembelajaran Abad 21


Tarikh : 26 Mac 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kuala Berang

Fasilitator :
Tn Hj. Shamsul Amir Ismail bin Hj Mahmood (SISC+)
Puan Nor Haiti bt Mohamad (SISC+)
Cik Nor Al'Fatihah bt Mazlan (SISC+)

Mesyuarat Agung PIBG 2016

Tarikh : 23 Mac 2016
Perasmi : En. Mohd Zailani bin Mohammad Nor
(Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Berang)

Kejohanan Bola Baling MSSM 2016


Tahniah kepada Ahmad Firdaus bin Saufi terpilih mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Bola Baling MSSM 2016 yang sedang berlangsung di Sik, Kedah. Semoga pasukan Terengganu berjaya dengan cemerlang.... Terengganu Nelang.......

Doakan Kejayaan Adih Haziqah.....


Adik Haziqah bersama 3 orang lagi peserta akan mewakili daerah Hulu Terengganu ke Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu yang akan berlangsung di BTPN Terengganu pada 28 - 31 Mac 2016. Dalam pemilihan tersebut, Haziqah akan mewakili Kategori Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah. Doakan kejayaan kami semua......... SELAMAT BERJUANG

Adik Nadia Johan Acara 100 meter

Adik Nadia daripada SK Kuala Berang telah menjuarai 100 meter dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSDHT yang berlangsung pada 7 hingga 10 Mac bertempat di SMK Jenagor. Tahniah diucapkan kepada adik Nadia.... semoga berjaya ke peringkat seterusnya.

Peristiwa Gerhana Matahari

Tarikh : 9 Mac 2016

Kem Bestari Solat Siri 1

Panitia Agama Islam bersama Panitia Bahasa Arab SK Kuala Berang telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 pada 9 Mac 2016. Kem ini melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid PPKI. Objektif program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan serta pengukuhan berkaitan amalan berwuduk serta solat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian murid.


Kejohanan Balapan & Padang MSSDHT PPKI 2016

Tarikh : 3 Mac 2016
Tempat : SMK Bukit Nenas, Setiu

Penyertaan Murid PPKI SK Kuala Berang

1. Muhammad Nufail Mifdal bin Izahar
2. Siti Zulaikha bt Zulkifli
3. Arif Aiqal bin Awang
4. Nurainin Sofiya bt Mohd Noor
5. Sharipah Zainab Al-Kubra bt Syed Jamaluddin
6. Muhammad Aidil bin Mohd Nor

Program Motivasi Murid Tahun 6

Tarikh : 3 Mac 2016
Tempat : PKG Kuala Berang

Majlis Temu Murni PPKI

Perkara : Majlis Temu Murni & Majlis Persidangan e RPI PPKI
Tarikh : 24 Februari 2016
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Perasmi : Wan Salmah bt Wan Hamat, 
Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
JPN Terengganu

Dialog Pelaksanaan Intervensi Program Linus

Tarikh : 24 Februari 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kuala Berang

Adik Haziqah Johan NILAM Kategori Bahasa Inggeris

PKG daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan pemilihan Tokoh Nilam peringkat daerah Hulu Terengganu pada 23 & 24 Februari 2016 bertempat di Pusat Kegiatan Guru, Kuala Berang. Pemilihan ini diadakan bertujuan mencungkil kebolehan serta bakat murid dalam aktiviti pembacaan buku. Pemenang akan mewakili daerah Huu Terengganu ke Pemilihan Tokoh Nilam peringkat negeri yang dijadualkan pada March nanti.

JOHAN Kategori BI Sekolah Rendah : Nurul Haziqah bt Azha(SK Kuala Berang)
NAIB JOHAN Kategori BM Sekolah Rendah : Nur Aini Nazirah bt Ismadi (SK Kuala Berang)


Organisasi JPN Terengganu


Lawatan Penandaarasan MGB Dungun

22 Februari 2016, SK Kuala Berang menerima lawatan daripada MGB daerah Dungun. Objektif lawatan tersebut adalah untuk melihat sistem pengurusan serta kejayaan yang pernah diperolehi oleh SK Kuala Berang, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Lawatan tersebut juga telah dihadiri oleh pegawai daripada PPD Dungun.

Kejohanan Bola Baling MSSDHT 2016

TAHNIAH..... SK Kuala Berang menjuarai Kejohanan Bola Baling MSSDHT yang berlangsung pada 2 & 3 Februari bertempat di SK Kuala Berang. Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh En Hasmasuhaimi bin Sulaiman@Hashim, Pen. PPD Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
Keputusan Rasmi :
Johan (L) - SK Kuala Berang
Naib Johan (L) - SK Bukit Perah

Johan (P) - SK Teris
Naib Johan (P) - SK Telaga

Watikah Pelantikan Pengawas 2016

24 Januari 2016, SK Kuala Berang telah mengadakan majlis penyampaian watikah kepada barisan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Imam dan Bilal bagi sesi persekolahan 2016. Majlis penyampaian watikah telah disempurnakan oleh ASP En. Azmi, ketua siasatan bahagian jenayah, IPD Hulu Terengganu. Semoga barisan pengawas yang telah dilantik menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.


Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Tarikh : 14 Januari 2016
Tempat : Dewan SK Kuala Berang

Sambutan Maulidur Rasul 1437 H

7 Januari 2016, SK Kuala Berang telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara pengisian majlis tersebut ialah bacaan yaasin, ceramah maulidur dan berselawat ke atas junjungan besar S.A.W. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zuki bin Tahar.