Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.1/2016


Tarikh : 22-23 Disember 2015
Tempat : Prinz Park Resort, Kuala Terengganu

SKKB Merapatkan Perkongsian Jalinan Bersama UMT


26 November 2015, Majlis perbincangan antara pentadbir SKKB bersama wakil daripada UMT iaitu Dr.Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail (Senior Lecturer, School Of  Sosial and Economic Delevopment),


Perkongsian Ilmu SKK 2015

25 November 2015, satu sesi perkongsian ilmu berkaitan sekolah kluster kecemerlangan telah disampaikan oleh teacher Noor Fadzilah bt Ali kepada rombogan daripada SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi Kuala Kangsar, Perak bertempat di English Team Park (ETP) Kuala Berang.

National Level Spelling Competition 2015

On 17 th of October 2015, the National Level Spelling Competition was held at MDHT Hall, Kuala Berang. There were 34 participants took part in the event from three states of the Eastern Region of Peninsular Malaysia. This event was organized by SK Kuala Berang, the cluster school of excellence. Out of 34 participants, participants of SK Kuala Berang were announced as the champion and the 1st Runner-Up winner. Congratulations !!!

Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri 2015

TAHNIAH.... SK Kuala Berang dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan dikir barat sempena Mahrajan j-QAF peringkat negeri Terengganu yang diadakan pada 4 Oktober 2015 bertempat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. 

Johan : Daerah Dungun
Naib Johan : Daerah Hulu Terengganu
Ketiga : Daerah Setiu





Mahrajan j-QAF 2015


Tahniah diucapkan kepada SK Kuala Berang yang telah menjadi johan dalam pertandingan Dikir Barat peringkat daerah Hulu Terengganu sempena dengan Mahrajan j-QAF bagi tahun 2015. SK Kuala Berang akan mewakili daerah Hulu Terengganu ke peringkat negeri yang dijadualkan pada 4 Oktober 2015 bertempat di KKN,Kuala Ibai........... semoga SKKB terus berjaya.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015

19 September 2015, SK Kuala Berang telah menghantar 12 peserta dalam larian tersebut. Tahiah diucapkan kepada 5 peserta SK Kuala Berang yang memperolehi nombor 100 kebawah dan memperolehi wang tunai sebanyak RM 100 setiap seorang.


3rd SKRP National Challenge Scarbble Competition

Date : 8th - 9th August, 2015

Result :
Muhammad Zamarul Azim bin Zulkhibri (Seventh)
Muhammad Iman Hakim bin Mohd Yusof (Twentieth)



Program Reakreasi Minda Tahun 6

Tarikh : 4 Ogos 2015
Tempat : SM Sains Dungun & Mesra Mall

Murid SKKB Mendapat Pengiktirafan Sijil Antarabangsa

Seramai 30 murid SK Kuala Berang telah menyertai pertandingan berbentuk peperiksaan iaitu Kangaroo Math Competition (KMC). Pertandingan yang ditawarkan oleh KMC Malaysia ini menawarkan sijil peringkat antarabangsa. Daripada 30 murid tersebut seramai 9 orang telah berjaya mendapat anugerah kepujian.

MTQ Pendidikan Khas Daerah Hulu Terengganu 2015

Tarikh : 28 Julai 2015
Tempat : SK Kuala Berang

Keputusan :
Tilawah Al-Quran (Johan : Lelaki & Perempuan)
Hafazan : (Johan : Lelaki & Perempuan )
Bercerita : (Johan : Perempuan)
Bercerita : (Naib Johan : Lelaki)

Majlis Khatam Al-Quran 2015

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Dewan SK Kuala Berang

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6

25 Jun 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan Majlis Temu Murni bersama Ibu Bapa Tahun 6. Objektif utama majlis tersebut diadakan bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang serta menangani bersama permasalahan anak-anak dalam pelajaran khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi pada september nanti. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

Perkhemahan Badan Beruniform Tahun 6 SKKB

Dalam memantapkan pencapaian kokurikulum murid, SK Kuala Berang telah mengadakan aktiviti perkhemahan Badan Beruniform murid tahun 6 bertempat di Taman Rekreasi, Pantai Merang, Setiu pada 7-9 Mei 2015. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Kuala Berang dalam bidang kokurikulum. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini.......

Program Sentuhan Rohani


" Program Sentuhan Rohani "

Tarikh :
15 April 2015

Tempat :
Dewan Kilat TNB

Penceramah :
Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Nor
TQHM Training & Consultancy

English Carnival KDSR 2 2015


 - English Carnival KDSR 2 2015 -

Tarikh :
14 April 2015

Tempat : 
SK Kuala Berang

Keputusan :

Action Song - Winner (SK Kuala Berang)
Public Speaking - Winner (SK Kuala Berang)


GST fahamkah atau sekadar pak turut ?

Fahamkah apa GST atau sekadar pak turut memanjangkan dan menambahkan cerita ?


Kem Kecemerlangan UPSR 2015


Kecemerlangan dalam UPSR menjadi nadi utama bagi SK Kuala Berang, Untuk itu satu Kem Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 26-28 Mac 2015 bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Antara objektif utama kem tersebut ialah memberi pendedahan kepada murid berkaitan kaedah serta teknik menjawab soalan UPSR. Kem tersebut telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman yang merupakan pemeriksa kertas UPSR negeri Terengganu. Terima kasih kepada semua yang terlibat..........

SK Kuala Berang Bakal Mengorak Langkah Ke SBT


5 Mac 2015, SK Kuala Berang telah telah dihakimi oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) KPM, dalam membuat verifikasi SBT. SK Kuala Berang satu-satunya sekolah di Terengganu yang terpilih dalam pencalonan tersebut. Ucapan tahniah kepada seluruh warga sekolah atas kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan serta persiapan untuk verifikasi tersebut. Doakan kejayaan kami......


Adik Mizwar Johan Larian KOBER RUN 2015


PERTANDINGAN KOBER RUN 2015
Anjuran Politeknik Hulu Terengganu
dengan kerjasama
DUN Telemong, Dun Kuala Berang & Parlimen Hulu Terengganu

Tarikh : 28 Februari 2015

Kategori A (Sekolah Rendah Lelaki) 

Johan : Mizwar Haziq bin Mohd Noor (SK Kuala Berang)
Keempat : Muhammad Haizaq bin Razali (SK Kuala Berang)

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Terengganu 2015


PERKHEMAHAN BADAN-BADAN BERUNIFORM
Sekolah Rendah (Lelaki)
Peringkat Negeri Terengganu 2015


SK Kuala Berang Johan Pertandingan Acara Masakan Rimba

SKKB mengungguli NILAM daerah Hulu Terengganu

SK Kuala Berang menjadi johan dalam pemilihan tokoh NILAM kategori Bahasa Inggeris yang berlangsung pada 16 Februari 2015 bertempat di PKG Kuala Berang. Tahniah diucapkan kepada adik Aisyah Jaheera daripada kelas 6 Al-Falah atas kejayaan tersebut. Semoga Aisyah Jaheera berjaya ke peringkat yang seterusnya.


Kejohanan Bola Baling MSSDHT

KEJOHANAN BOLA BALING MSSDHT 2015
Tarikh : 12-13 Februari 2015
Tempat : SK Tok Randok

Keputusan :

Lelaki Bawah 12 Tahun         : SK Kuala Berang (Johan)
Perempuan Bawah 12 Tahun : SK Kuala Berang (Naib Johan)

Adik Nabil Juara Kejohanan Ping Pong MSST


Tahniah...... Adik Nabil Mukhlis menjadi johan dalam kejohanan ping pong peringkat MSST yang berlangsung di SMK Bukit Kuang, Kemaman pada 12-14 Februari. Nabil menjuarai kejohanan tersebut dalam acara perseorangan dan juga beregu. Adik Nabil akan mewakili Terengganu dalam kejohanan ping pong peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada april nanti.

Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6


10 Februari 2015, SK Kuala Berang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6 serta Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Alias bin Ismail, Pegawai SIC Plus (Bahasa Malaysia) PPD Hulu Terengganu. Antara objektif program tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat serta berkongi pengalaman bersama ibu bapa dalam melonjakkan prestasi UPSR SK Kuala Berang.

SKKB Juara Lagi.....


Perkara : Kejohanan Badminton MSSDHT
Tarikh : 29 & 30 Januari 2015
Tempat : Dewan SMK Tun Indera

Keputusan :

1. Johan (Beregu Lelaki Bawah 12 Tahun)
2. Naib Johan (Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun)

SKKB Menjuarai Kejohanan Ping Pong Zon KDSR 2

Tarikh : 27 Januari 2015
Tempat : Dewan Kampung Butut

Kategori Lelaki :
 Pertama ( Muhammad Nabil Mukhlis bin Mohamad Norman - SK Kuala Berang )
Kedua ( Amir Iskandar bin Suhaimi - SK Kuala Berang )

Kategori Perempuan :
Ketiga ( Nur Damia Nadhirah bt Mohamad Norman - SK Kuala Berang )

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H

26 Januari 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 1436 hijrah. Majlis tersebut diadakan bertujuan memperingati sejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Antara pengisian yang dijalankan sepanjang majlis tersebut ialah ;

1. Pertandingan mewarna (Tahap 1)
2. Pertandingan melukis poster (Tahap 2)
3. Pertandingan selawat
4. Ceramah maulidur rasul
Ucapan tahniah kepada semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan majlis sambutan pada kali ini..

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2015



Tarikh : 25 Januari 2015
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Perkara : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2015
Perasmi : Inspektor Wan Samsul Kahar bin Wan Hasan 
           (Pegawai Perhubungan Polis Kuala Berang)

Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2015

Tahniah..... SK Kuala Berang telah menjuarai kejohanan merentas desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu kali ke 12 pada 24 Januari 2015 bertempat di SMK Menerong. SK Kuala Berang menjuarai kategori lelaki bawah 12 tahun yang dimenangi oleh adik Mizwar Haziq bin Mohd Noor, manakala tempat ke 5 kategori perempuan bawah 12 tahun yang wakili oleh adik Nur Khairun Baieyyah bt Khairolza. 


LADAP 3P 1B

15 Januari 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan LADAP berkaitan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh Tn Hj Kasman bin Embong Pegawai SIP Plus PPDHT. Bengkel tersebut bertujuan memberi input dalam usaha mentransformasi kompetensi diri warga SKKB.

" Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan ".

Power Point (PPPB)


Pendaftaran Sesi Persekolahan 2015

Perkara : Pendaftaran & Taklimat Sesi Persekolahan Tahun 2015 (Tahun 1 - Tahun 6)
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Tarikh : 01 Januari 2015