Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6


10 Februari 2015, SK Kuala Berang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6 serta Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Alias bin Ismail, Pegawai SIC Plus (Bahasa Malaysia) PPD Hulu Terengganu. Antara objektif program tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat serta berkongi pengalaman bersama ibu bapa dalam melonjakkan prestasi UPSR SK Kuala Berang.