JAMUAN BAI'AH GURU BESAR

















JAMUAN BAI'AH GURU BESAR
16 MEI 2012
PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG



Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana sesungguhnya dengan izin-Nya, jamuan kesyukuran sempena Bai'ah 2011 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Bersekali dengan sambutan Hari Guru, jamuan kesyukuran ini adalah sebagai satu tanda bahawa seluruhwarga SK Kuala Berang amat berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh para ibu bapa dan masyarakat sekeliling dalam memastikan SK Kuala Berang berada pada landasan terbaik dalam memacu kecemerlangan.  Jamuan ini telah dirancang oleh barisan pentadbir dan pihak Kelab Guru dan Kakitangan 2012 telah bertungkus lumus dalam memastikan ia terlaksana dengan jayanya.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi material, idea, tenaga dan sebagainya.  Hanya Allah yang mampu membalas segalanya dan semoga SK Kuala Berang terus berjaya mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan ini buat tahun-tahun mendatang.

No comments: