ROAD SHOW PINTAR FOUNDATION – TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB )

Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) di bawah Pintar Foundation telah mengadakan satu road show yang melibatkan sekolah-sekolah angkat di bawah Tenaga Nasional Berhad.  Sekolah Kebangsaan Kuala Berang cukup bertuah dikunjungi oleh rombongan road show ini.  Sebuah bas yang menempatkan pelbagai bahan dan alatan di dalamnya, berada di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari.  Murid-murid dibawa melihat pameran yang terdapat di dalam bas mengikut giliran yang telah ditetapkan bermula dengan murid-murid tahun 6.  
Gambar-gambar di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang road show tersebut.
MOTO PINTAR
BAS ROAD SHOW PINTAR
CG RAFIE ABD MANAN BERSAMA MURID-MURID DI DALAM BAS PINTAR
TEKUN MENDENGAR PENERANGAN

AMIR SHAH IDRIS, WAKIL PINTAR FOUNDATION, MEMBERI PENERANGAN
AINOL FARILAH MOHAMAD, WAKIL PINTAR FOUNDATION
MURID-MURID BERATUR MENAIKI BAS



No comments: