PROGRAM RINTIS CITRA DIRI GEMILANG SAHSIAH MURID 2012

Program Rintis Citra Diri Gemilang Sahsiah Murid merupakan program secara permuafakatan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keperluan dan keadaan semasa, khusus kepada murid tahap 2. Program dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama beberapa penyelaras yang mewakili beberapa badan, yang ingin melihat satu tindakan yang lebih terancang, tersusun, kemas dan teratur merangkumi tindakan semasa program dan tindakan susulan selepas program yang meliputi penganalisaan dan penelitianyang mengambil pendekatan pelbagai dimensi berkaitan statistik, pemerhatian dan pengalaman.

Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria bersama wakil PPDHT, 
En. Mohd Hasan bin Mat Rahim sebelum Majlis Perasmian.

          Program dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu dan lagu rasmi sekolah. Guru Besar memulakan ucapan dengan memberi ucapan aluan kepada wakil PPDHT, wakil Jabatan Bomba Kuala Berang, wakil PPDa dan wakil Jabatan Kesihatan Kuala Berang. Ucapan perasmian bermula pukul 8.00 pagi dengan dirasmikan oleh En. Mohd Hasan Mat Rahim, wakil PPDHT. Antara intipati ucapan beliau ialah, semua murid perlu mempunyai watak dan peribadi yang cemerlang.  Program diteruskan dengan ceramah dari Jabatan Bomba Kuala Berang yang menerapkan punca-punca kebakaran dan cara-mengatasinya. Para pelajar kemudiannya ditunjukkan demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba di padang sekolah. Beberapa orang pelajar dan guru termasuk guru besar sendiri diberi peluang untuk memadam kebakaran yang dihasilkan. Kemudian pada pukul 10.30 pagi, wakil PPDa telah menyampaikan ceramah tentang bahaya dadah. Pada pukul 12.30 tgh hari, wakil dari Jabatan Kesihatan Kuala Berang menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Program ini berakhir pada jam 1.30 tgh hari.

Guru Besar, En. Ahmad Fuad memberi ucapan aluan.



Wakil PPDHT, En. Mohd Hasan Mat Rahim merasmikan program.


            

Wakil Jabatan Bomba Kuala Berang menyampaikan ceramah.




Wakil pelajar cuba memadam kebakaran.




Wakil guru, Pn. Noor Fadzilah Ali menunjukkan kemahiran memadam kebakaran.




Guru Besar menunjukkan cara memadam kebakaran.



Wakil PPDa menyampaikan ceramah tentang dadah.


Hadiah diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan.


Wakil dari Jabatan Kesihatan memberikan ceramah.

1 comment:

A daydreamer said...

maju SK kuala brg lening... semoga berterusan