PROGRAM TID PERINGKAT SK KUALA BERANG 2012


          SK Kuala Berang telah melaksanakan Program TID peringkat sekolah pada 7 Mac 2012. Peserta yang terlibat ialah murid-murid tahun 6 dan mereka yang terbaik akan terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah yang seterusnya ke peringkat negeri. Unit  Kokurikulum SK Kuala Berang dan guru-guru Pendidikan Jasmani Kesihatan telah berjaya melaksanakan TID ini dengan jayanya. 
           Program ini yang bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang yang melibatkan 53 murid tahun 6. Namun begitu ada antaranya yang terpaksa menarik diri untuk ujian 10 meter lari ulang-alik dan 40 meter lari pecut kerana masalah kesihatan. Tahniah kepada mereka kerana sanggup hadir untuk program ini. Terima kasih kepada Ketua Program, Encik Mohd Alam Abdullah, Pen.Ketua, Encik Rafie Abd.Manan dan AJK iaitu Encik Rizal Salleh, Puan Wan Husnida Tun Ibrahim dan Cik Ruzaini Mokhtar.

 Cik Nazirah sedang mengukur Tinggi Berdiri para peserta TID


 Puan Wan Husnida sedang mengukur  Tinggi Duduk para peserta


 Encik Rizal Salleh menyemak ukuran Panjang Depa


 Encik Rafie sedang mengukur Lompat Berdiri para peserta


 Encik Rizal memerhatikan peserta melakukan ujian Jangkauan Melunjur


Lari Ulang Alik 10 meter. Walaupun keletihan namun keinginan mencuba ujian ini tetap ada. Syabas kepada Ahmad Syawal. 


 Ujian 40 meter lari pecut  ( lelaki)


Ujian 40 meter lari pecut ( Perempuan)

Syabas dan Tahniah.....

              Terima kasih kepada semua jawatankuasa TID SK Kuala Berang dengan kerjasama anda menjayakan program ini. Dorongan dan sokongan Pengurusan Sekolah terutama Encik Ahmad Fuad Zakaria, Guru Besar kerana memberi laluan kepada program ini walaupun dalam kekangan masa yang padat.
           Tahniah dan Syabas kepada murid tahun 6 atas komitmen anda semua dan terima kasih kepada Penyelaras TID SKKB Encik Mohd Alam Abdullah dan ahli jawatakuasanya diatas kerjasama anda menjayakan program ini.

No comments: