Pada 29 Mac 2012 yang lalu, SK Kuala Berang telah menganjurkan satu program iaitu Sehari Bersama Imam Muda Asyraf. Program ini telah berlangsung di Dewan Kilat TNB Kuala Berang dengan disertai pelajar Tahun 4, 5 dan 6 dari SKKB dan beberapa orang pelajar dari sekolah sekitar SKKB. Sambutan ynag di terima amatlah mengalakkan walaupun julung kali diadakan. Malah menurut Imam Muda Asyraf sendiri, beliau begitu teruja mengendalikan program seumpama ini berikutan sambutan yang diterima. 


Turut hadir dalam program itu ialah wakil PPD, Ustaz Tajuddin bin Mahmud, Penyelia Agama PPDHT. Beliau telah dijemput hadir untuk merasmikan program berkenaan. Dalam ucapan ringkas beliau, beliau rasa kagum dengan kesungguhan pihak SKKB dalam melaksanakan program yang berbentuk motivasi sehingga sanggup menjemput Imam Muda Asyraf. Beliau menasihati para pelajar agar menggunakan peluang sebaik mungkin semasa dalam program itu nanti.

Ucapan Aluan daripada Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria.


Barisan AJK bergambar kenang-kenangan dengan Imam Muda Asyraf.


Para pelajar tekun mendengar ceramah dari Imam Muda Asyraf.

Imam Muda Asyraf bertanyakan soalan kepada peserta program.

Imam Muda Asyraf melayani karenah peserta program meminta autograf di akhir sesi program.

No comments: