Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2015

Tahniah..... SK Kuala Berang telah menjuarai kejohanan merentas desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu kali ke 12 pada 24 Januari 2015 bertempat di SMK Menerong. SK Kuala Berang menjuarai kategori lelaki bawah 12 tahun yang dimenangi oleh adik Mizwar Haziq bin Mohd Noor, manakala tempat ke 5 kategori perempuan bawah 12 tahun yang wakili oleh adik Nur Khairun Baieyyah bt Khairolza. 


LADAP 3P 1B

15 Januari 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan LADAP berkaitan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh Tn Hj Kasman bin Embong Pegawai SIP Plus PPDHT. Bengkel tersebut bertujuan memberi input dalam usaha mentransformasi kompetensi diri warga SKKB.

" Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan ".

Power Point (PPPB)


Pendaftaran Sesi Persekolahan 2015

Perkara : Pendaftaran & Taklimat Sesi Persekolahan Tahun 2015 (Tahun 1 - Tahun 6)
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Tarikh : 01 Januari 2015

Kursus Perkembangan Staf & Mesyuarat Pengurusan SKKB Bil.1 Tahun 2015


SK Kuala Berang telah mengadakan mesyuarat pengurusan kali pertama bagi tahun 2015 pada 22-24 Disember 2014 bertempat di Shahzan Inn Kuantan. Mesyuarat tersebut meliputi bidang pengurusan am, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum serta pengurusan PPKI. Satu bengkel berkaitan pembinaan perancangan strategik, taktikal dan operasi telah diadakan bertujuan memantapkan lagi pengurusan semua panitia. Satu perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Tn Hj Mohamed bin Embong, Ketua Sektor, Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN Terengganu bertajuk "'Transformasi Pendidikan" untuk mengukuhkan lagi pemahaman guru-guru dalam ilmu pendidikan.

Kejohanan Bola Baling Bawah 11 & 16 Jemputan Kebangsaan 2014

Pasukan Bola Baling SK Kuala Berang telah menyertai Kejohanan Bola Baling Bawah 11 tahun jemputan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis pada 20 - 23 November yang lalu. Penyertaan tersebut bertujuan memberi pendedahan serta pengalaman kepada pemain pasukan bola baling sekolah bersaing bersama-sama dengan pasukan negeri yang menyertai. Tahniah kepada pasukan bola baling sekolah walapun tidak mengecapi kejayaan tetapi pengalaman berharga sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada mereka untuk membuat perubahan pada masa akan datang..........


Majlis Tautan Kasih & Jamuan Akhir Tahun SKKB 2014


12 November 2014, Kelab Guru & Kakitangan SK Kuala Berang mengadakan Majlis Tautan Kasih & Jamuan Akhir Tahun bertempat di Hotel Permai Inn Kuala Terengganu. Majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturrahim disamping meraikan guru-guru SKKB yang telah berpindah ke sekolah lain. Turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah YDP PIBG, Encik Jamaludin bin Mohamad bersama isteri. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.


English Carnival Hulu Terengganu District Level 2014

10 November 2014, SK Kuala Berang menjadi tuan rumah karnival bahasa inggeris peringkat daerah Hulu Terengganu.  Sebelas buah sekolah terlibat dalam pertandingan tersebut melibatkan 3 acara iaitu spelling, news casting dan word change. Tahniah SK Kuala Berang di atas kejayaan memperolehi naib johan dalam kesemua acara. 

Kejohanan Bola Baling Jemputan MSST


Kejohanan Baling Baling Jemputan MSST
Tarikh         : 6 & 7 November 2014
Tempat       : SK Rengas Bekah
Keputusan  : Kategori Lelaki (SK Kuala Berang, Johan)
                    Kategori Perempuan (SK Kuala Berang, Ketiga)

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)


Majlis Pelancaran KM1M Peringkat SK Kuala Berang

Tarikh : 4 November 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan

Pemantauan daripada BPSBPSKK ke SKKB


28 Oktober 2014, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kluster Kecemerlangan (BPSBPSKK) telah menjalankan pemantauan ke SK Kuala Berang. Pemantauan meliputi pelbagai bidang berkaitan sekolah kluster kecemerlangan. Sekalung tahniah kepada SK Kuala Berang di atas kecemerlangan dapatan sepanjang pemantaun tersebut.