SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

10 Julai 2012, menjadi saksi kepada satu rekod yang telah dicipta oleh seluruh pelajar sekolah di Malaysia.  Sekolah Kebangsaan Kuala Berang juga tidak terkecuali menjayakan program tersebut dengan menganjurkan program senamrobik di peringkat sekolah.
Seawal 7.30 pagi, semua murid dan guru yang telah lengkap berpakaian sukan berkumpul di dewan sekolah untuk memulakan sesi senamrobik.  Diketuai oleh Cikgu Mohd Alam bin Abdullah dan dibantu oleh empat orang murid lelaki, sesi senamrobik tersebut berjalan dengan lancar.  Apa yang lebih membanggakan, semua murid dan guru terlibat sepenuhnya. 
Sesi senamrobik berjalan dalam suasana yang amat ceria apatah lagi setiap kali tersalah langkah pasti ada teriakan dan gelak ketawa yang terselit.  Bermandi peluh bukan alasan untuk tidak bersuka ria.  Kerana itulah, sesi senamrobik ini menjadi sesi yang menyeronokkan walaupun agak meletihkan.
Selesai senamrobik, semua murid dan guru berkumpul di dewan untuk satu ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hamdan bin Jusuh, PPKP dari Unit NCD Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu.












No comments: