Penghayatan Ramadhan

          Saban tahun, Ramadhan pasti akan tiba untuk dilalui oleh seluruh umat Islam.  Suatu bulan yang dinantikan ketibaannya dengan penuh kesabaran dan pengharapan agar segala yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini mendapat ganjaran setimpal.  Apa yang lebih penting, agar setiap amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan diterima oleh Ilahi Rabbi dan mendapat tempat di sisi-Nya.
          Seperti tahun-tahun yang telah dilalui, Ramadhan tahun ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang telah diatur oleh Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.  Antaranya adalah program tazkirah setiap pagi sewaktu perhimpunan.  Ustaz dan ustazah bergilir-gilir menyampaikan tazkirah mengikut hari dan tarikh yang telah ditetapkan.  Ada antara tazkirah yang mencuit hati, ada yang penuh dengan cerita keinsafan dan tidak kurang juga diiringi emosi yang mendalam. 
          Program tadarus juga diadakan di mana semua murid tahap 2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah bimbingan guru-guru yang telah ditetapkan oleh Panitia Agama Islam.  Sepanjang Ramadhan ini, program-program yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan jayanya.  Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan setiap program yang dirancang.

Ustaz Azman bin Mustafa

Ustaz Azman menyampaikan tazkirah - Adab Berhari Raya

Guru-guru yang mendengar tazkirah di tapak perhimpunan

Tekun mendengar tazkirah

Reaksi murid-murid sewaktu tazkirah

Program Tadarus Al-Quran


Ustaz Muhammad Zuki memberi tunjuk ajar sewaktu tadarus


No comments: