HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017


18 November 2017, SK Kuala Berang telah mengadakan hari anugerah cemerlang serta majlis graduasi bagi murid pra sekolah dan tahun 6. Majlis diadakan bertujuan meraikan murid yang telah menunjukan prestasi cemerlang sepanjang 2017. Majlis berlangsung di Dewan Kilat, TNB Hulu Terenganu. Turut hadir merasmikan majlis berkenaan iaitu En Jalaludin bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Sekalung tahniah kepada yang BERJAYA.........

KURSUS " CODING SCHOOL " anjuran KPM 2017

20-23 Ogos 2017, seramai 30 murid terdiri daripada tahun 4 & 5 SK Kuala Berang telah mengikuti kursus Coding School bagi tahun 2017. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta ilmu berkaitan pengurusan teknologi maklumat supaya murid bersedia dengan perkembangan ICT zaman sekarang.


Perkhemahan Unit Beruniform 2017



Tarikh : 4 6 Mei 2017
Tempat : Kem Seri Gunong, Menerong

Program Perarakan Aspresiasi Kokurikulum 2017


Tarikh : 18 April 2017
Tempat : Surau Ar-Rahman, Rumah Murah Jalan Pusara

Program Terapi Minda

8 April 2017, Panitia Pendidikan Islam, SK Kuala Berang telah mengadakan Program Terapi Minda anjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu. Program ini bertujuan memberi kesedaran serta mempertingkatkan keupayaan diri dalam kalangan murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Kursus Kepimpinan Pengawas Sesi 2017


Tarikh : 6 & 7 April 2017
Tempat : Anggulia Beach Resort, Marang

Pelancaran Kempen 3B Peringkat SK Kuala Berang

12 Mac 2017, Panitia Pendidikan Islam, SK Kuala Berang mengadakan majlis pelancaran kempen 3B (Beri Salam, Beri Sapaan & Beri Laluan) peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran iaitu Pn Norizan bt Daud. 


Antara aktiviti yang dijalankan sempena kempen 3B iaitu ;

1. Ceramah berkaitan 3B
2. Pengedaran risalah berkaitan budaya salam
3. Pertandingan mewarna murid pra sekolah
4. Pertandingan membina poster 
5. Penerangan berkaitan budaya salam sebelum aktiviti PdP

Majlis Pelancaran Nilam 2017


Tarikh : 21 Februari 2017
Tempat : Dewan SK Kuala Berang

Aktiviti Sukan & Permainan 2017

Kejohanan Merentasa MSSM 2017 :

Tempat ke 16 (Nur Khairun Farisha bt Khairolza) - SK Kuala Berang



Kejohanan Ping Pong MSSDHT

Tarikh        : 6 Febuari 2017
Tempat       : Dewan Sivik, Kg Butut
Keputusan : Tempat ketiga bersama

Kejohanan Merentas Desa MSST

Tarikh         : 11 Febuari 2017
Tempat       : SMK Ketengah Jaya
Keputusan  : Tempat Ketiga & 20


Majlis Permuafakatan Ibu Bapa 2017

SK Kuala Berang telah mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Murid tahun 6 sesi 2017. Objektif majlis ini diadakan bertujuan membincangkan program-program yang akan dilaksanakan dalam usaha mempertingkatan pencapaian dalam UPSR. Turut sama menjayakan majlis ini ialah YDP PIBG iaitu En Ismadi bin Zakaria

Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2017


Tahniah........... SK Kuala Berang mendapat tempat pertama & kedua kategori P12

TAKLIMAT DLP

11 Januari 2017, SK Kuala Berang telah mengadakan taklimat Dual Language Programme (DLP) kepada ibu bapa murid tahun 1. DLP merupakan program KPM bagi murid tahun 1 dalam memantapkan penguasaan bahasa inggeris.