LAWATAN PENANDA ARAS KE YAYASAN PERGURUAN ISLAM AN-NIZAM, MEDAN, INDONESIA

Malam 3 Mei 2012, Khamis, bertolak dari perkarangan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dengan menaiki bas ekspres SP Bumi yang disewa khas, rombongan seramai 26 orang, iaitu 18 orang guru Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan 8 orang murid juga dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, menuju Yayasan Perguruan Islam An-Nizam, Medan, Indonesia.  Satu perjalanan yang bukan mudah untuk dilalui, kerana di bahu mereka terletak tugas berat bagi memastikan lawatan yang telah diatur ini membawa kejayaan dalam usaha SK Kuala Berang meletakkan diri sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang dicalonkan dalam Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Halangan-halangan kecil yang dihadapi sebelum lawatan bermula juga sewaktu lawatan berlangsung tidak mematahkan semangat ahli rombongan.  Sekalipun keletihan dan kepenatan melalui perjalanan panjang dan berliku sewaktu di Medan, namun senyuman tetap terukir menandakan kepuasan kerana tanggungjawab yang diberi berjaya dilaksanakan. 

Paling mengharukan adalah sambutan luar biasa yang diberikan oleh Yayasan Perguruan Islam An-Nizam sewaktu rombongan tiba di sekolah mereka.  Kelembutan dalam bicara dan kesopanan yang ditunjukkan malah sikap memuliakan tetamu yang ada pada tuan rumah yang menyambut kedatangan rombongan amat-amat dihargai.  Semoga pertemuan ini menjadi pemula kepada sebuah ikatan ukhhuwah yang lebih kukuh dan berkekalan, Insya-Allah.

Berikut adalah momen-momen yang sempat diabadikan sepanjang lawatan berlangsung.


BUS YANG MEMBAWA ROMBONGAN SKKB KE KLIA
URUSAN DAFTAR MASUK DI LAPANGAN TEERBANG ANTARABANGSA BAYAN LEPAS

SELAMAT MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG POLONIA, MEDAN
   

PERJALANAN MENUJU SEKOLAH AN-NIZAM

  
"WELCOMING BOARD AND BANNER"

 
PERSEMBAHAN PANCARAGAM MENYAMBUT KEDATANGAN MALAYSIA
DIRUANG SANTAI TINGKAT 6 SEKOLAH AN-NIZAM
PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MELAYU DI INDONESIA
TARIAN GARE-GARE
ALUNAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN
NYANYIAN INDONESIA RAYA DAN NEGARAKU
PERSEMBAHAN PUISI YANG MENYEMBUH HATI
ROMBONGAN MALAYSIA DAN TUAN RUMAH INDONESIA
SESI BERTUKAR CENDERAHATI
SESI MEMBELI BELAH DI PULAU SAMOSIR
MENJAMU SELERA
HARI TERAKHIR DI MEDAN SEBELUM BERLEPAS PULANG KE MALAYSIA 
















1 comment:

A daydreamer said...

wah.. bangga pernah kat sekolah ni dlu.. kiranya.. sk kuala br ni.. wakil malayisa la ea??? wah... so impressed... sk kuala brg semakin maju... caiyyok!!