KEM PINTAR GEMILANG TAHUN 2012

Kem Pintar Gemilang yang dianjurkan saban tahun oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Kuala Berang ini adalah merupakan satu program melibatkan semua murid tahun 6 atau calon-calon UPSR dengan biayaan PINTAR TNB.  Pada tahun 2012 ini, jawatankuasa telah sebulat suara memilih untuk mengadakan Kem Pintar Gemilang di Angullia Beach House Resort, Marang.  Semua peserta mendaftar di dewan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada 26 April 2012 iaitu hari Khamis pada jam 2.00 petang sebelum bertolak ke Angullia Beach House Resort dengan bas yang telah disewa khas.


Hari Pertama ( Khamis – 26 April 2012 )

Selepas pendaftaran masuk di resort, semua peserta menunaikan solat Asar dan terus bergerak ke tepi pantai untuk acara riadah yang dikendalikan oleh Puan Rohana Abu Bakar.

Sesi bersambung dengan setiap peserta menguruskan diri dan menjamu selera untuk makan malam.  Setelah selesai makan malam, semua peserta bergerak ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama penceramah jemputan sebelum bersambung di Dewan Vohras.

Gambar-gambar sekitar aktiviti hari pertama
SESI MENGUTIP KULIT KERANG - PERMULAAN AKTIVITI RIADAH

PENERANGAN OLEH PUAN ROHANA ABU BAKAR
PERMAINAN TAPAK KUDA - REBUT BULATAN
SESI MENJAMU SELERA - MAKAN MALAM HARI PERTAMA
PENCERAMAH MOTIVASI JEMPUTAN - USTAZ AHMAD RIZAL (SK RUSILA)
TANGISAN MOTIVASI - SEMOGA MEREKA BENAR-BENAR MENGINSAFI
TERIMA KASIH USTAZ AHMAD RIZAL

Hari Kedua ( Jumaat – 27 April 2012 )
Aktiviti Kem Pintar Gemilang 2012 bermula seawal jam 6.00 pagi apabila buat kali pertama semua peserta kem diberi pengalaman berharga untuk solat Subuh berjemaah di atas pasir pantai dengan diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hagia Sofia bin Mohd.  Seterusnya, semua peserta bergerak menikmati sarapan sebelum ke dewan untuk Slot 1 ( Sains ) dan Slot 2 ( Bahasa Melayu ).  Berhenti rehat seketika sebelum menyambung Slot 3 ( Bahasa Inggeris ).  Seharian, masa setiap peserta terisi sepenuhnya dengan ilmu dan sedikit riadah.  

Berikut adalah gambar-gambar sekitar hari kedua.
PENCERAMAH JEMPUTAN UNTUK SUBJEK SAINS
TERIMA KASIH CIKGU
SESI PERBINCANGAN SAINS
SESI BAHASA MELAYU
PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH BAHASA MELAYU
SESI CERAMAH OLEH PENCERAMAH BAHASA INGGERIS - SIR ADNAN HARUN
(SK AJIL)
PENYAMPAIAN CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH BAHASA INGGERIS
Hari Ketiga ( Sabtu – 28 April 2012 )

Hari terakhir di Angullia Beach House Resort, semua peserta Kem Pintar Gemilang diberi pendedahan menjawab soalan Matematik dalam slot yang terakhir iaitu Slot 4 ( Matematik ).  
SESI BERSAMA PENCERAMAH MATEMATIK - CG AZMAI
PENYAMPAI CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH MATEMATIK - CG AZMAI

Berakhirnya Kem Pintar Gemilang adalah satu kepuasan buat seluruh ahli jawatankuasa yang telah berusaha sedaya mungkin kira-kira sebulan sebelum tarikh ia bermula bagi memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kem dan juga atas sokongan yang diberikan oleh barisan pentadbir.  Semoga kejayaan dalam UPSR 2012 akan mengiringi langkah calon-calon UPSR Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.  Insya Allah.



No comments: