KEJOHANAN BOLA JARING KDSR 2

          Bertempat di SK Tengku Ampuan Intan pada 4 dan 5 April 2012, telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring peringkat KDSR 2. Tujuh pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada dua kumpulan. SK Kuala Berang di undi berada dalam kumpulan B bersama dua lagi pasukan lain.
          SK Kuala Berang menang sekali sekali dan tewas sekali dalam peringkat kumpulan. Walaubagaimanapun, SK Kuala Berang tetap layak ke peringkat separuh akhir. Dalam peringkat separuh akhir, SK Kuala Berang bertemu dengan pasukan juara bertahan iaitu SK Seri Berang . Perjuangan pasukan SK Kuala Berang terhenti di situ apabila tewas. Namun, yang membanggakan adalah semangat melawan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Untuk kejohanan kali ini, SK Kuala Berang telah mendapat tempat ke-4.

 Pasukan Bola Jaring SK Kuala Berang 2012


 Mengawal pihak lawan semasa permainan


Menyusun strategi untuk membuat jaringan

No comments: