PROGRAM RINTIS CITRA DIRI GEMILANG SAHSIAH MURID 2012

Program Rintis Citra Diri Gemilang Sahsiah Murid merupakan program secara permuafakatan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keperluan dan keadaan semasa, khusus kepada murid tahap 2. Program dilaksanakan berdasarkan persetujuan bersama beberapa penyelaras yang mewakili beberapa badan, yang ingin melihat satu tindakan yang lebih terancang, tersusun, kemas dan teratur merangkumi tindakan semasa program dan tindakan susulan selepas program yang meliputi penganalisaan dan penelitianyang mengambil pendekatan pelbagai dimensi berkaitan statistik, pemerhatian dan pengalaman.

Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria bersama wakil PPDHT, 
En. Mohd Hasan bin Mat Rahim sebelum Majlis Perasmian.

          Program dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terengganu dan lagu rasmi sekolah. Guru Besar memulakan ucapan dengan memberi ucapan aluan kepada wakil PPDHT, wakil Jabatan Bomba Kuala Berang, wakil PPDa dan wakil Jabatan Kesihatan Kuala Berang. Ucapan perasmian bermula pukul 8.00 pagi dengan dirasmikan oleh En. Mohd Hasan Mat Rahim, wakil PPDHT. Antara intipati ucapan beliau ialah, semua murid perlu mempunyai watak dan peribadi yang cemerlang.  Program diteruskan dengan ceramah dari Jabatan Bomba Kuala Berang yang menerapkan punca-punca kebakaran dan cara-mengatasinya. Para pelajar kemudiannya ditunjukkan demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba di padang sekolah. Beberapa orang pelajar dan guru termasuk guru besar sendiri diberi peluang untuk memadam kebakaran yang dihasilkan. Kemudian pada pukul 10.30 pagi, wakil PPDa telah menyampaikan ceramah tentang bahaya dadah. Pada pukul 12.30 tgh hari, wakil dari Jabatan Kesihatan Kuala Berang menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Program ini berakhir pada jam 1.30 tgh hari.

Guru Besar, En. Ahmad Fuad memberi ucapan aluan.



Wakil PPDHT, En. Mohd Hasan Mat Rahim merasmikan program.


            

Wakil Jabatan Bomba Kuala Berang menyampaikan ceramah.




Wakil pelajar cuba memadam kebakaran.




Wakil guru, Pn. Noor Fadzilah Ali menunjukkan kemahiran memadam kebakaran.




Guru Besar menunjukkan cara memadam kebakaran.



Wakil PPDa menyampaikan ceramah tentang dadah.


Hadiah diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan.


Wakil dari Jabatan Kesihatan memberikan ceramah.

KLINIK HOKI FASA IV, KLINIK PINTAR TNB TAHUN 2012





         SK Kuala Berang merupakan salah sebuah sekolah angkat Program Pintar TNB. Setiap tahun klinik hoki diadakan bertujuan mendedahkan kemahiran permainan ini kepada murid-murid yang dikendalikan oleh jurulatih yang terdiri daripada pemain-pemain hoki kebangsaan yang berkhidmat dengan TNB.


Program PINTAR TNB

Diantara pelajar SK Kuala Berang yang terlibat dengan Klinik Hoki Pintar TNB


Diantara sesi latihan yang dijalankan








Penyerahan Sumbangan dari pihak TNB

          Sumbangan berupa satu set kayu hoki (20 batang), 20 biji bola hoki, satu set permainan catur dan dua buah buku seni grafik. Sumbangan ini disampaikan oleh Puan Hawa bt Haji Anuar, Pegawai Penyelaras Program PINTAR TNB kepada GPK Kokurikulum SK Kuala Berang, Puan Norizan bt Daud. Ini merupakan sumbangan kali kedua kepada SK Kuala Berang.

Terima Kasih TNB. Jasamu takkan kami lupakan.


Peserta Klinik Hoki PINTAR TNB SK Kuala Berang bergambar 
kenang-kenangan dengan para jurulatih TNB

CHORAL SPEAKING COMPETITION DISTRICT LEVEL 2012

      12th of April 2012, at SMK Bukit Diman, SK Kuala Berang participated in the Choral Speaking Competition District Level 2012. There were eight schools competed in the competition. With a great effort from the team started a month ago, SK Kuala Berang was announced as the first runner-up. 
         This achievement is better as we were the second runner-up last year. The team comprised of 31 pupils, a combination of year 4 to year 6, lead by Siti Aisyah Parni as the conductor. For 2012, the team was coached by Teacher Noor Fadzilah bt Ali and accompanied by Teacher Aminah bt Ismail on the competition day.


CONGRATULATIONS SK KUALA BERANG !!!


Choral Speaking Team with the Coach & the Senior Assisstant


Siti Aisyah conducted the team


Choral Speaking team presented the story 'A Family'


Receiving prizes from En. Mohd Khalid bin Mustafa, 
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

KEJOHANAN BOLA JARING KDSR 2

          Bertempat di SK Tengku Ampuan Intan pada 4 dan 5 April 2012, telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring peringkat KDSR 2. Tujuh pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada dua kumpulan. SK Kuala Berang di undi berada dalam kumpulan B bersama dua lagi pasukan lain.
          SK Kuala Berang menang sekali sekali dan tewas sekali dalam peringkat kumpulan. Walaubagaimanapun, SK Kuala Berang tetap layak ke peringkat separuh akhir. Dalam peringkat separuh akhir, SK Kuala Berang bertemu dengan pasukan juara bertahan iaitu SK Seri Berang . Perjuangan pasukan SK Kuala Berang terhenti di situ apabila tewas. Namun, yang membanggakan adalah semangat melawan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Untuk kejohanan kali ini, SK Kuala Berang telah mendapat tempat ke-4.

 Pasukan Bola Jaring SK Kuala Berang 2012


 Mengawal pihak lawan semasa permainan


Menyusun strategi untuk membuat jaringan

KEJOHANAN BOLA SEPAK PKKA


        Kejohanan ini berlangsung di SK Seri Berang dan dianjurkan oleh Pusat Komuniti Kuala Berang. Enam pasukan telah menyertai kejohanan ini.  Pasukan ini berjaya menunjukkan potensi yang baik dan mampu meraih kejayaan yang lebih cemerlang.  Terima kasih di atas segala usaha pengurus dan jurulatih.

 TEMPAT KE -4
Bergambar dengan Pengurus dan Jurulatih sebelum perlawanan Pertama


Aktiviti memanaskan badan sebelum perlawanan

KEJOHANAN BOLA BALING KDSR 2


         Kejohanan Ini berlangsung di SK Tapah Hulu Terengganu pada 20 dan 21 Mac 2012. SK Kuala Berang hanya mampu meraih tempat ke 4 dalam kategori lelaki dan perempuan. Namun begitu 4 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan telah dipilih mewakili KDSR2 ke Peringkat Daerah. Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat.

 TEMPAT KE- 4
( Kategori lelaki Bawah 12 Tahun)


TEMPAT KE- 4
( Kategori perempuan bawah 12 tahun)

PROGRAM TID PERINGKAT SK KUALA BERANG 2012


          SK Kuala Berang telah melaksanakan Program TID peringkat sekolah pada 7 Mac 2012. Peserta yang terlibat ialah murid-murid tahun 6 dan mereka yang terbaik akan terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah yang seterusnya ke peringkat negeri. Unit  Kokurikulum SK Kuala Berang dan guru-guru Pendidikan Jasmani Kesihatan telah berjaya melaksanakan TID ini dengan jayanya. 
           Program ini yang bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang yang melibatkan 53 murid tahun 6. Namun begitu ada antaranya yang terpaksa menarik diri untuk ujian 10 meter lari ulang-alik dan 40 meter lari pecut kerana masalah kesihatan. Tahniah kepada mereka kerana sanggup hadir untuk program ini. Terima kasih kepada Ketua Program, Encik Mohd Alam Abdullah, Pen.Ketua, Encik Rafie Abd.Manan dan AJK iaitu Encik Rizal Salleh, Puan Wan Husnida Tun Ibrahim dan Cik Ruzaini Mokhtar.

 Cik Nazirah sedang mengukur Tinggi Berdiri para peserta TID


 Puan Wan Husnida sedang mengukur  Tinggi Duduk para peserta


 Encik Rizal Salleh menyemak ukuran Panjang Depa


 Encik Rafie sedang mengukur Lompat Berdiri para peserta


 Encik Rizal memerhatikan peserta melakukan ujian Jangkauan Melunjur


Lari Ulang Alik 10 meter. Walaupun keletihan namun keinginan mencuba ujian ini tetap ada. Syabas kepada Ahmad Syawal. 


 Ujian 40 meter lari pecut  ( lelaki)


Ujian 40 meter lari pecut ( Perempuan)

Syabas dan Tahniah.....

              Terima kasih kepada semua jawatankuasa TID SK Kuala Berang dengan kerjasama anda menjayakan program ini. Dorongan dan sokongan Pengurusan Sekolah terutama Encik Ahmad Fuad Zakaria, Guru Besar kerana memberi laluan kepada program ini walaupun dalam kekangan masa yang padat.
           Tahniah dan Syabas kepada murid tahun 6 atas komitmen anda semua dan terima kasih kepada Penyelaras TID SKKB Encik Mohd Alam Abdullah dan ahli jawatakuasanya diatas kerjasama anda menjayakan program ini.

BOLA SEPAK KUMPULAN DINAMIK SEKOLAH RENDAH 2

          Kejohanan Bola sepak KDSR2 yang berlangsung di SK Seri Berang pada 3 dan 4 April 2012 baru-baru ini meletakkan Pasukan SK Kuala Berang di tempat yang kurang membanggakan namun begitu pasukan ini menunjukkan persaingan yang hebat walaupun tanpa pemain utama iaitu Mohd Aliffsyamlisyham. Pengurus pasukan tetap merelakan penyerang utama itu melibatkan diri dalam kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri. Pasukan SKKB hanya mampu berada di tempat ke-3 dalam kumpulan. 

Pasukan Bola Sepak SK Kuala Berang 2012

Sesi warming-up sebelum perlawanan dengan SK Seri Berang

Sesi warming-up sebelum perlawanan dengan SK Seri Berang

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

         Pada 28/03/2012 baru-baru ini, satu program susu 1malaysia telah diadakan di dataran SK Kuala Berang. Semasa program itu, semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 telah dibekalkan sekotak susu 1malaysia untuk diminum pada masa itu juga. Program yang dijalankan secara berkala ini dilakukan apabila menerima bekalan susu 1malaysia dari pihak berwajib.






ENGLISH CARNIVAL KDSR 2 2012

           This year, SK Kuala Berang was chosen to be the host for English Carnival KDSR 2. It involved The Public Speaking Competition, Story Telling Competition and Action Song Competition. SK Kuala Berang had representative for each competition and was arwarded with the third place for those competition. Besides the contestants, two teachers were appointed to be a judges. The competition was chaired by pupils.

Date : 03rd of April 2012
Vanue : SK Kuala Berang.


Team Action Song SK Kuala Berang (3rd place)


Hanis Sabrina Zahirah bt M Ahmad Kamal - Story Telling (3rd place)


Nurul Jannah bt Ahmad - Public Speaking (3rd place)

SKIM GALAKAN KECEMERLANGAN SK KUALA BERANG

           Skim ini diwujudkan sebagai satu galakan untuk memotivasikan murid-murid dalam mencapai kejayaan. Buat julung kalinya, skim yang diperkenalkan pada tahun 2011 ini dengan nama asalnya, Skim Galakan Kecemerlangan Akademik ini telah ditambahbaik dengan merangkumi semua bidang iaitu Akademik, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Prasekolah dan PPKIBP.
           Bagi taun 2012, Skim Galakan Kecemerlangan SKKB ini pertama kali diberikan kepada murid pada 01 April 2012 didalam Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah.



Penerima Anugerah bergambar dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.


Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik Setiap Kelas


Penerima Anugerah Murid Contoh PPKIBP


Penerima Anugerah Kokurikulum Cemerlang (Januari - Mac)


Penerima Anugerah Gred Purata Terbaik


 Penerima Anugerah Pencapaian A UPSR


Penerima Anugerah Prasekolah


 Penerima Anugerah Terbaik Sains Setiap Kelas