27 Ogos 2019, SK Kuala Berang telah menganjurkan program "Kayuhan Jejak Sejarah" ke Memorial Batu Bersurat (Kampung Buluh) dan Makam Tok Gajah (Kampung Pasir Nering) sempena bulan kebangsaan melibatkan seramai 50 pelajar dan 15 orang guru. Objektif program ini diadakan bertujuan memberi maklumat serta pendedahan kepada murid-murid berkaitan peninggalan sejarah yang ada di daerah Hulu Terengganu. program ini mendapat kerjasama daripada pihak PDRM, JPAM dan MPKK.
No comments:
Post a Comment