SKKB Juara Lagi.....


Perkara : Kejohanan Badminton MSSDHT
Tarikh : 29 & 30 Januari 2015
Tempat : Dewan SMK Tun Indera

Keputusan :

1. Johan (Beregu Lelaki Bawah 12 Tahun)
2. Naib Johan (Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun)

SKKB Menjuarai Kejohanan Ping Pong Zon KDSR 2

Tarikh : 27 Januari 2015
Tempat : Dewan Kampung Butut

Kategori Lelaki :
 Pertama ( Muhammad Nabil Mukhlis bin Mohamad Norman - SK Kuala Berang )
Kedua ( Amir Iskandar bin Suhaimi - SK Kuala Berang )

Kategori Perempuan :
Ketiga ( Nur Damia Nadhirah bt Mohamad Norman - SK Kuala Berang )

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H

26 Januari 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 1436 hijrah. Majlis tersebut diadakan bertujuan memperingati sejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Antara pengisian yang dijalankan sepanjang majlis tersebut ialah ;

1. Pertandingan mewarna (Tahap 1)
2. Pertandingan melukis poster (Tahap 2)
3. Pertandingan selawat
4. Ceramah maulidur rasul
Ucapan tahniah kepada semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan majlis sambutan pada kali ini..

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2015



Tarikh : 25 Januari 2015
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Perkara : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2015
Perasmi : Inspektor Wan Samsul Kahar bin Wan Hasan 
           (Pegawai Perhubungan Polis Kuala Berang)

Kejohanan Merentas Desa MSSDHT 2015

Tahniah..... SK Kuala Berang telah menjuarai kejohanan merentas desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu kali ke 12 pada 24 Januari 2015 bertempat di SMK Menerong. SK Kuala Berang menjuarai kategori lelaki bawah 12 tahun yang dimenangi oleh adik Mizwar Haziq bin Mohd Noor, manakala tempat ke 5 kategori perempuan bawah 12 tahun yang wakili oleh adik Nur Khairun Baieyyah bt Khairolza. 


LADAP 3P 1B

15 Januari 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan LADAP berkaitan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Bengkel berkenaan telah disampaikan oleh Tn Hj Kasman bin Embong Pegawai SIP Plus PPDHT. Bengkel tersebut bertujuan memberi input dalam usaha mentransformasi kompetensi diri warga SKKB.

" Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan ".

Power Point (PPPB)


Pendaftaran Sesi Persekolahan 2015

Perkara : Pendaftaran & Taklimat Sesi Persekolahan Tahun 2015 (Tahun 1 - Tahun 6)
Tempat : Dewan SK Kuala Berang
Tarikh : 01 Januari 2015