Tahun ini, sambutan raya peringkat sekolah turut sama dihadiri oleh pegawai-pegawai ikhtisas Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud bersama kakitangan beliau, hadir selaku penyumbang terbesar melalui Program PINTAR TNB, kakitangan YPEIM yang juga tidak pernah lokek menghulurkan sumbangan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG serta semua AJK PIBG.
Lebih terasa kemeriahannya apabila setiap guru rumah sukan yang diamanahkan untuk menghias meja-meja yang disediakan untuk VIP telah bertungkus lumus dan berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan yang terbaik. Sambutan raya diserikan dengan persembahan murid-murid mengikut rumah sukan dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang. Gambar-gambar di bawah adalah gambaran suasana sambutan Aidilfitri yang berlangsung di dewan sekolah.