Para ibubapa dan Guru saling bertukar pendapat
Pada 28 Januari 2012 yang lepas, satu mesyuarat agung PIBG kali ke-31 telah diadakan di Dewan SK Kuala Berang. Mesyuarat itu bermula seawal jam 08.00 pagi dan dirasmikan oleh ADUN Kuala Berang, Tuan Haji Mohd Zawawi bin Haji Ismail PJK. AMN.
Pengerusi PIBG memberi ucapan alu-aluan
Antara agenda mesyuarat adalah mengesahkan minit mesyuarat, pembentangan laporan tahunan, membentangan penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011, memilih AJK yang baru untuk sesi 2012 - 2014, memilih Pemeriksa Kira-kira, pembentangan bayaran tambahan PIBG dan ucapan penangguhan.
Guru Besar memberi ucapan penghargaan
Seperti dalam mesyuarat agung yang sebelumnya, jumlah kehadiran ibubapa masih di tahap yang rendah walaupun telah di ubah pada hari Sabtu. Pelbagai usul telah dibentang semasa mesyuarat ini, antaranya semua pihak bersetuju sebulat suara agar kutipan RM20 setiap keluarga sumbangan PIBG untuk menbaikpulih surau sekolah dikekalkan. Mesyuarat juga mengusulkan bayaran tambahan PIBG untuk persekolahan 2012. Mesyuarat ini juga telah membuat keputusan melantik AJK PIBG yang baru untuk Sesi 2012 - 2014.
Ucapan perasmian dari YB ADUN Kuala Berang
Diantara intipati ucapan perasmian ADUN Kuala Berang ialah agenda utama setiap ibubapa adalah mendidik anak-anak dan ibubapa seharusnya memainkan peranan masing-masing dan berusaha menghadirkan diri dalam mesyuarat yang melibatkan anak-anak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan pihak PIBG kerana berjaya mengadakan mesyuarat lebih awal berbanding sekolah-sekolah sekitar.
Beliau juga berkata bagi memastikan SK Kuala Berang berada ditempat pertama, usaha berterusan dari semua pihak perlu terus digembleng. Pihak PIBG juga perlu membantu pihak sekolah mengekalkan kecemerlangan sekaligus menarik minat ibubapa yang lain menghantar anak-anak mereka ke SK Kuala Berang. Beliau juga menyatakan program Kelas Maya 1 Dun 1 Sekolah akan dibuat. Diakhir kata, beliau mengharapkan kerjasama yang padu dan utuh dari pihak ibubapa dan pihak sekolah di tingkatkan dalam memastikan SK Kuala Berang terus melahirkan pelajar yang berjaya.
No comments:
Post a Comment