Tahniah diucapkan kepada SK Kuala Berang yang telah menjadi johan dalam pertandingan Dikir Barat peringkat daerah Hulu Terengganu sempena dengan Mahrajan j-QAF bagi tahun 2015. SK Kuala Berang akan mewakili daerah Hulu Terengganu ke peringkat negeri yang dijadualkan pada 4 Oktober 2015 bertempat di KKN,Kuala Ibai........... semoga SKKB terus berjaya.
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2015
19 September 2015, SK Kuala Berang telah menghantar 12 peserta dalam larian tersebut. Tahiah diucapkan kepada 5 peserta SK Kuala Berang yang memperolehi nombor 100 kebawah dan memperolehi wang tunai sebanyak RM 100 setiap seorang.
3rd SKRP National Challenge Scarbble Competition
Date : 8th - 9th August, 2015
Result :
Muhammad Zamarul Azim bin Zulkhibri (Seventh)
Muhammad Iman Hakim bin Mohd Yusof (Twentieth)
Murid SKKB Mendapat Pengiktirafan Sijil Antarabangsa
Seramai 30 murid SK Kuala Berang telah menyertai pertandingan berbentuk peperiksaan iaitu Kangaroo Math Competition (KMC). Pertandingan yang ditawarkan oleh KMC Malaysia ini menawarkan sijil peringkat antarabangsa. Daripada 30 murid tersebut seramai 9 orang telah berjaya mendapat anugerah kepujian.
MTQ Pendidikan Khas Daerah Hulu Terengganu 2015
Tarikh : 28 Julai 2015
Tempat : SK Kuala Berang
Keputusan :
Tilawah Al-Quran (Johan : Lelaki & Perempuan)
Hafazan : (Johan : Lelaki & Perempuan )
Bercerita : (Johan : Perempuan)
Bercerita : (Naib Johan : Lelaki)
Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6
25 Jun 2015, SK Kuala Berang telah mengadakan Majlis Temu Murni bersama Ibu Bapa Tahun 6. Objektif utama majlis tersebut diadakan bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang serta menangani bersama permasalahan anak-anak dalam pelajaran khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi pada september nanti. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)








