Saturday, 26 May 2012

LAST DAY FOR TEACHER NAZIRAH ADILAH

24th May 2012, was the last day for Teacher Nazirah Adilah binti Shamsul Bahari.  She started teaching in SK Kuala Berang in February, replacing Teacher Adelina Hannani Abdullah who went for a 14 weeks course in BTPN Terengganu.  At first, teaching is a new thing for Teacher Nazirah but it became better day after day.  What else she was also one of the students from UPSI who are still waiting to be posted.
14 weeks in SK Kuala Berang was not a short time.  For all the time, she had contributed so much to our school especially in English as she was replacing an English teacher.  She participated actively in the English Panel's activities and gave her full commitment in any activities carried out.
From the English Panel, we thank you very much, Teacher Nazirah.  Hope that He will give you the best in your personal life and in teaching.  Wishing you all the best and once again THANK YOU !!!

Headmaster, Sir Ahmad Fuad, delivered his speech

Teacher Nazirah delivered her speech on the last day during the assembly

Headmaster, Sir Ahmad Fuad gave away token of appreciation to Teacher Nazirah

Monday, 21 May 2012

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Dengan tema "Guru Disayangi Murid Dikasihi" 'Kehadiranmu Impianku', Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah dilancarkan dengan jayanya oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad bin Zakaria, Tuan Guru Besar. 
Bermula dengan ucapan aluan pengacara majlis, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad bin Zakaria.  Majlis perasmian yang berlangsung secara ringkas ini membawa makna mendalam kepada semua murid dan guru yang diraikan iaitu murid-murid dan guru-guru yang dilahirkan sepanjang bulan Januari sehingga bulan Mei. 
Selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua yang diraikan sebelum upacara memotong kek oleh wakil murid dan wakil guru.  Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hagia Sofia bin Mohd dan sesi bergambar kenangan.

Murid-murid berkumpul di dewan sekolah

Ucapan perasmian Program Guru Penyayang oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad biin Zakaria - Guru Besar

Penyampaian cenderahati

Murid yang diraikan menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar

Cikgu Rafie Abd Manan menerima cenderahati

Puan Aminah Ismail ( GPK I ) menerima cenderahati kelahiran

Puan Khayati Abdullah

Wakil murid memotong kek hari lahir

Wakil guru memotong kek hari lahir

Sunday, 20 May 2012

LAUNCHING OF THE ENGLISH AREA


LAUNCHING OF THE ENGLISH AREA
20th May 2012
Sunday - 8.00 a.m.


On 20th of May, at 8.00 a.m., during the assembly, all the pupils and the teachers became the witness of a meaningful event.  The event was the launching of the English Area.  This area is situated along the main pathway to the canteen.  The area was officially launched by respected headmaster, Mr. Ahmad Fuad bin Zakaria.  Along this pathway, we can see all the English bunting and also the English notice board.  Teachers and pupils who pass through this pathway need to use English as much as they can in order to encourage them to use English daily.  It is hoped that this area will contribute in the increasement of English achievement no matter in curriculum or co academic programme.  The family of Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, let's work together to maintain this area and to make sure the objective is achieved.  Without co-operation, things will remain as things only without any benefit.  Thank you to all for the support given...:-)

The launching area

Bunting along the pathway

Another bunting
Headmaster is ready to cut the ribbon


Launching is done

Photography session

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH PROGRAM MEMASYARAKATKAN GURU DAN MURID SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Pada 19 Mei 2012, Hari Sabtu, telah berlangsung satu pertandingan melibatkan murid-murid prasekolah iaitu Pertandingan mewarna Prasekolah Program Memasyarakatkan Guru dan Murid Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012.  Pertandingan ini disertai oleh murid-murid prasekolah dan berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Menerong bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari.  Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah menghantar seramai 13 orang murid prasekolah untuk menyertai pertandingan tersebut dengan diiringi oleh Puan Zubaidah Ibrahim dan Encik Nurizan Rahman bin Abdul Ghani. 
Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu ( PPDHT ) tersebut, peserta dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah berjaya menerima hadiah saguhati dan lebih membanggakan apabila seorang daripada peserta Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah berjaya menjadi johan.  Penyampaian semula hadiah kepada pemenang telah diadakan dalam perhimpunan pagi pada 20 Mei 2012.  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

NURIN UMAIRAH SAFFIYAH MOHD ABDILLAH - Saguhati

NUR ALYAA QISTINA ABDUL AZIZ - Johan

Thursday, 17 May 2012

JAMUAN BAI'AH GURU BESAR

















JAMUAN BAI'AH GURU BESAR
16 MEI 2012
PERKARANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG



Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana sesungguhnya dengan izin-Nya, jamuan kesyukuran sempena Bai'ah 2011 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Bersekali dengan sambutan Hari Guru, jamuan kesyukuran ini adalah sebagai satu tanda bahawa seluruhwarga SK Kuala Berang amat berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh para ibu bapa dan masyarakat sekeliling dalam memastikan SK Kuala Berang berada pada landasan terbaik dalam memacu kecemerlangan.  Jamuan ini telah dirancang oleh barisan pentadbir dan pihak Kelab Guru dan Kakitangan 2012 telah bertungkus lumus dalam memastikan ia terlaksana dengan jayanya.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan sama ada dari segi material, idea, tenaga dan sebagainya.  Hanya Allah yang mampu membalas segalanya dan semoga SK Kuala Berang terus berjaya mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan ini buat tahun-tahun mendatang.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Berang bagi tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya di bawah kendalian Kelab Guru dan Kakitangan pimpinan Cikgu Rospi Abu Bakar.  Kerjasama semua guru dan seluruh ahli keluarga besar Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah menjadikan sambutan pada tahun ini berjalan lancar dan meriah.  Semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru sporting Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.  Selamat Hari Guru..Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.  Nikmati momen-momen indah yang telah dirakam sepanjang sambutan.

Murid-murid SK Kuala Berang bersedia menjadi penonton

Memanaskan badan

Bergambar sebelum bermula acara

Bersedia untuk bertempur...

Puan Norizan, GPK Ko Kurikulum, serve cantik punye...

Tukang serve hebat nie...tengok tangan tu

Control comel..pasukan biru + hijau

Boling nyior...jadi la !!!

Seriusnye Cg Rizal

Mengatur strategi...

Jaguh kukur kelapa...Ustaz Zuki sorang je lelaki yang kukur nyior

Rumah Biru

Rumah Hijau

Johan sukaneka...rumah Kuning...jangan marah haaaa

Ada macam orang Vietnam tak...inilah GB Ahmad Fuad yang cukup sporting...tabik bos !!

Bersedia untuk mengayuh

Gimik sambutan Hari Guru 2012, GB Ahmad Fuad menunggang basikal dengan iringan lagu Basikal Tua - tema tradisional

Puisi Guru oh Guru - Cikgu Rospi Abu Bakar

Nyanyian Negaraku dan Kami Guru Malaysia

Bacaan Ikrar diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Ahmad Fuad

Bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu - Puan Aminah Ismail ( GPK 1 )

Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Encik Ahmad Fuad Zakaria ( Guru Besar )

Persembahan rumah kuning - dikir barat berdiri

Boria SK Kuala Berang - rumah Biru

Rumah Hijau - Dikir Sekolah Kita

Persembahan menghiburkan Rumah Merah

Anugerah Guru Paling Disayangi Perempuan - Cikgu Rohana Abu Bakar

Anugerah Guru Paling Disayangi Lelaki - Cikgu Rizal Salleh